TIME IS MONEY
WE CAN HELP YOU RECOVER BOTH

Saturday 20th April 2024

Soalan Lazim

Saya hendak mendapatkan semula hutang saya tetapi tidak mahu kehilangan pelanggan saya. Bolehkah anda membantu?
Ini adalah salah faham umum. Jika anda tidak memulih hutang anda maka kemungkinan perniagaan anda akan muflis menjadi lebih tinggi.Aliran tunai yang lemah merupakan sebab No.1 kebanyakan perniagaan gagal dan merencat pertumbuhan perniagaan di Malaysia.
Era Kutipan Sdn. Bhd. Menggunakan gabungan proses Profesional Pemulihan Hutang dan teknik berasaskan-Mediation untuk mengekalkan hubungan perniagaan pelanggan kami dan juga memulih hutang mereka.

Berapa lama saya perlu menunggu sebelum menghubungi Era Kutipan Sdn. Bhd.?
Anda perlu menunggu tidak lebih dari 90 hari untuk menghubungi kami. Ini harus menjadi mantra anda setiap kali anda melihat lejar hutang anda.Satu kemestian adalah; jika anda tidak dibayar dalam tempoh 90 hari kemungkinan pelanggan anda mengalami masalah adalah besar.

Adakah anda menyediakan perkhidmatan “tiada koleksi = tiada komisyen”?
Ya.

Adakah anda mengenakan bayaran pendahuluan?
Kami tidak mengenakan bayaran pendahuluan.

Saya malu untuk meminta bantuan kerana hutang saya adalah kecil. Bolehkah anda masih membantu saya?
Satu-satunya sebab untuk malu adalah apabila anda memilih untuk tidak berbuat apa-apa mengenainya. Hubungi kami untuk membincangkan keperluan khusus anda.

Apa yang saya perlukan untuk bermula?
Kami biasanya akan memerlukan kontrak, invois, surat-menyurat dan dokumentasi lain yang berkaitan untuk membantu tuntutan anda.

Bagaimana kita boleh menyerahkan senarai penghutang kita?
Kami menerima dokumen melalui faks dan e-mel. Dokumen yang dihantar melalui e-mel boleh dalam format Word, excel atau PDF.

Proses akan mengambil brapa lama?
Jika penghutang anda bertindak balas dengan cepat dan bersetuju untuk membayar balik hutang meraka, maka anda mungkin mendapat wang anda dalam masa seminggu.