TIME IS MONEY
WE CAN HELP YOU RECOVER BOTH

Saturday 27th April 2024

Laman

Era Kutipan Sdn. Bhd. Menawarkan perkhidmatan pemulihan kredit yang cekap dan dilaksanakan melalui komunikasi yang tulus antara pengendali profesional yang berkelayakan dan penggunaan teknologi terkini dalam industri.

Ditubuhkan pada tahun 2001, Era Kutipan Sdn. Bhd. Adalah salah satu agensi utama dalam industri pengurusan dan pemulihan hutang dengan lebih daripada 18 tahun pengalaman. Atas pengendalian pengurus yang bertauliah, kaedah yang berkesan dan produktif dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dapat dirialisasikan.

kakitangan EraKutipan Sdn.Bhd. dipastikan terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan tugas mereka dengan professional. Dengan bimbingan dan latihan mendalam yang disediakan, kakitangan di EraKutipan Sdn. Bhd. mahir dalam pematuhan standard dan prosedur industri.

profil
Rundingan dan kutipan kredit tertunggak dikendali oleh kakitangan berpengalaman dan terlatih. Pengalaman ini merangkumi pengalaman yang diperoleh dalam bertahun-tahun mengatasi batasan yang dikemukakan industri. Kami menjanjikan perkhidmat yang profesional,telus dan beretika.

Segala kepakaran diutilisasikan untuk memastikan masalah kredit pelanggan dapat diselesaikan secepat mungkin. Selaras dengan kepercayaan pelanggan, Pengendali pakar kami akan mengambil segala langkah yang perlu untuk melaksanakan tugas mereka.

Kelebihan kami terletak dalam pengatahuan yang luas mengenai dunia perniagaan Malaysia. Pengetahuan yang terperinci ini berdasarkan pengalaman luas pakar kami. Rangkaian di seluruh negara juga akan memastikan tindakan yang pantas terhadap setiap kes yang dirujuk